sahabat,pernahkah kamu,
meninggikan suara kepada ibubapamu,?dan adakah kamu sudah meminta maaf?sekiranya belum, offline sekejap, jangan dengar bisikan SYAITAN yang menghalangmu,pergilah meminta maaf kepada ibumu,
sementara masa masih ada.
sahabat,
pernahkah kamu,
bersangka buruk kepada ibubapamu?
sekiranya pernah, ingatlah,tanpa mereka, kamu tidak lahir,kamu tidak wujud diduniamu,dan kamu perlulah membalasnya,
dengan berjasa kepada mereka.
sahabat,pernahkah kamu,
teringat ketika kamu demam, ibubapamu sanggup ambil cuti,
untuk menjagamu, untuk melihat kamu sihat.sekiranya ibubapamu pula sakit, jagalah ibubapamu,sebagaimana mereka jaga kamu dulu,kerana,
bila mereka sudah PERGI, kamu tidak boleh menjaga mereka lagi.
hanya sedekah Al-Fatihah sahaja yang boleh diberikan.
sahabat,pernahkah kamu,
tahu ibubapamu sanggup melakukan apa sahaja untuk mu,menipu demi kebaikan anak-anak mereka yang tersayang,ada yang sanggup yang mencuri makanan,
demi anaknya yang disayangi dalam kelaparan,kadang-kadang, mereka sanggup memberi lebih,kepada kita, demi melihat kita bahagia.
sahabat,
dengan pesanan ringkasku ini,saya menasihati untuk diri saya dan kamu semua berjasalah kepada ibubapa kita,
janganlah melakukan apa yang dilarang oleh mereka,dan seburuk mana ibubapa kita,mereka tetap ibubapa kita,dan merekalah yang melahirkan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan